Frequently Asked Questions
-
General
-
- Bagaimanakah pemilihan bagi peserta-peserta kursus persaraan PDRM
-
Pemilihan peserta akan dilakukan oleh Pihak Hal Ehwal Pesara Bukit Aman.
- Apakah syarat-syarat bagi peserta program Anak Remaja Berwawasan (AKRAB)
-
Syarat-syarat bagi program AKRAB adalah tingkatan 5 iaitu SPM dan pemilihan peserta akan dibuat oleh pihak BAKA mengikut kontinjen ketika program dijalankan.
- Berapa banyakkah program bakal persaraan PDRM dijalankan pada setiap tahun.
-
Program ini akan dilakukan pada setiap bulan kecuali pada bulan puasa.
- Adakah Yayasan Pengaman Ini mempunyai ahli?
-
Tidak, Yayasan Pengaman tidak mempunyai ahli tetapi mempunyai Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan mempunyai wakil-wakil Pengaman yang dipilih bagi setiap kontinjen.
- Siapakah yang boleh menyertai Program Anak Remaja Berwawasan (AKRAB)?
-
Anak-anak anggota/pegawai polis yang berumur diantara 13 sehingga 17 tahun.
- Bagaimanakah untuk menyertai Program Anak Remaja Berwawasan (AKRAB)?
-
Para peserta yang berminat perlulah melengkapkan borang permohonan yang diperolehi dari Bahagian BAKA disetiap Kontinjen dan perlulah dikembalikan semula kepada Bahagian BAKA bagi tindakan selanjutnya.